Glimpse of Words
Knowledge
Knowledge is not what is memorised. Knowledge is what benefits. -Imam Shafie-
Merendah Diri
Dpd Muaz bin Anas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, "sesiapa yg meninggalkan pakaian yg indah dgn tujuan merendah diri kpd Allah, sedangkan ianya mampu berbuat demikian, maka Allah memanggilnya pada hari kiamat dihadapan orang ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakaian yang ia suka dpd berbagai-bagai pakaian orang yg beriman. (Attarmidzi: )
Labels: Hadis
Bila Segala Perkara Yang Menimpanya Dianggap Baik
Keadaan orang Mukmin itu sangat menakjubkan, kerana segala urusan yang menimpanya dianggap baik. Tetapi keadaan ini hanya berlaku kepada orang yang beriman. Iaitu apabila mendapat kesenangan, dia bersyukur kerana itu lebih baik untuknya. Dan apabila dilanda kesusahan dia bersabar, kerana itu lebih baik untuknya.
Amalan Hari Ini dan Semalam
Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah s.w.t.
Labels: Hadis
Perokok lebih hina daripada lembu: Nik Aziz
KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.
Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.
"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran.
"Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).
"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.
Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. - Bernama
Saya setuju walaupun saya sendiri merokok.
Bijak kawal hawa nafsu tentukan martabat insan
Muslim cemerlang guna akal, iman sebagai panduan jalani kehidupan penuh ujian MANUSIA adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah di muka bumi berbanding makhluk lain. Kelebihan dan kemuliaan manusia disebabkan mereka diberi akal fikiran. Dengannya manusia dapat berfikir untuk membezakan perkara baik dan buruk, sekali gus tahu mana perintah Allah yang perlu ditaati dan dilarang-Nya yang mesti dijauhi.Allah juga membekalkan nafsu kepada manusia. Dengan nafsu martabat dan kedudukan manusia boleh menjadi lebih tinggi dan mulia atau menjadikan insan lebih hina serta rendah daripada haiwan. Baik atau buruk hidup manusia bergantung kepada tahap kesucian batin dan nafsunya.
Mengikut ulama, kemuliaan seseorang hamba bergantung sejauh mana taraf makrifatnya kepada Allah. Jika seseorang berjaya mencapai tahap makrifat sebenar, ia menjadi sebaik-baik makhluk. Berjaya atau tidak manusia itu menjadi makhluk terbaik bergantung kepada sejauh mana ia mengawal nafsunya.
Nafsu mempunyai dua pengertian iaitu meliputi segala tabiat manusia seperti benci, dendam dan berahi. Pengertian kedua berkait dengan kejadian latifah rabbaniyah, iaitu sesuatu yang batin, tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana membabitkan hal kerohanian.
Allah jadikan manusia daripada dua unsur iaitu jasmani dan rohani. Dalam tubuh manusia ada dua tenaga iaitu yang membina dan tenaga merosak. Tenaga membina tunduk di bawah pengendalian akal sihat dan waras, sementara tenaga perosak tunduk di bawah pengaruh nafsu.
Seperti tercatat dalam kitab Sirras Salikin, sesetengah ulama daripada ahli suluk mengelaskan nafsu manusia kepada tujuh jenis iaitu amarah, lawwamah, mulhamah, mutmainnah, radhiah, mardhiah dan kamaliah.
Namun, hanya empat jenis nafsu popular di kalangan umat Islam iaitu amarah, lawwamah, mulhamah dan mutmainnah.
Nafsu amarah tingkat nafsu paling rendah yang menyeru manusia melakukan kejahatan kerana dibayangi perlakuan syaitan dan iblis yang sesat lagi menyesatkan.
Nafsu lawwamah lebih tinggi tingkatnya berbanding amarah, tetapi masih tidak jauh bezanya daripada nafsu amarah dilihat dari sudut pelakuan orang dipengaruhinya. Lawwamah ialah nafsu yang suka mengajak dan menyuruh orang melakukan kejahatan.
Mulhamah ialah nafsu yang menerima beberapa proses kesucian daripada sifat hati yang tercemar. Proses itu menyebabkan segala kekotoran atau hasutan syaitan dapat dibuang dan diganti dengan amalan mengingati Allah.
Nafsu mutmainnah pula merujuk golongan mukmin yang salih dan dihidupkan rohnya, pada waktu sama mempamerkan akhlak mulia dan peribadi yang tinggi serta mata hatinya hidup untuk melihat sesuatu yang ghaib serta mengenal dengan perasaannya.
Sesungguhnya nafsu berperanan sebagai perangsang atau pendorong manusia mengejar cita-cita dan impian demi tuntutan hidup.
Ada yang berjaya mencapai impian mengikut landasan dibenarkan Allah, malah ada juga yang tergelincir daripada landasan dibenarkan Allah kerana dihasut nafsu syaitan.
Pengaruh kebendaan antara penyebab ramai manusia terjerumus dalam kemusnahan. Semua ini berpunca daripada kelemahan diri terlalu mengikut nafsu yang dibayangi syaitan.
Imam al-Ghazali pernah mengumpamakan nafsu sebagai binatang liar kerana sukar dikawal. Jika nafsu dikawal dan dididik, ia menjadi jinak dan tunduk mengikut segala kehendak dan kemahuan kita.
Nafsu lebih banyak mempengaruhi manusia untuk melakukan keburukan daripada mengajak melakukan kebaikan. Hanya orang yang teguh dan kuat imannya mampu menewaskan hasutan dan pengaruh nafsu.
Melakukan pembaziran antara contoh pekerjaan yang dihasut dan dipengaruhi syaitan. Justeru, selalu disebut membazir itu kawan syaitan.
Pembaziran tidak berlaku di kalangan orang yang tinggi keimanannya kepada Allah kerana ia menjadi penghalang atau benteng menahan diri daripada godaan hawa nafsu dibayangi syaitan. Dengan kata lain, iman yang teguh boleh menyelamatkan Muslim daripada terjerumus ke dalam perangkap hawa nafsu.
Selama hidup, kita sentiasa berdepan dengan nafsu yang banyak membawa kepada kemusnahan jika tidak dikawal bersungguh-sungguh. Nafsu hanya kalah dengan orang mantap imannya dan ikhlas beribadah kepada Allah.
Harus diingat Allah jadikan manusia supaya beribadah kepada-Nya. Hal ini dijelaskan dalam al-Quran surah Adz-Dzaariyaat ayat 56, Allah SWT berfirman bermaksudnya: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku."
Manusia, Muslim yang cemerlang dalam hidup adalah mereka yang mampu dan berjaya mengalahkan hawa nafsu dengan iman yang kuat dan mantap.
Sumber: Berita Harian
Cinta
Kami tidak berzina!Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.Islam takde ke couple-couple ni?Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19) Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta....Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.Adakah orang yang bercinta hilang maruah?Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.Kami telah berjanji sehidup semati.....Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )Bagaimana kami?Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat merekaSumber: iluvislam.com
Cinta monyet tak jamin kebahagiaan
LONDON: Cinta pertama diakui asyik dan intim tetapi satu penyelidikan baru mendapati jika mahu menemui kebahagiaan pada kemudian hari, lebih baik mengelak daripada dilamun cinta monyet sama sekali.
Dakwaan itu terkandung dalam buku bertajuk Changing Relationships, koleksi kertas penyelidikan baru oleh pakar sosiologi terkemuka Britain yang disunting pegawai penyelidik di institut bagi Penyelidikan Sosial dan Ekonomi di Universiti Essex, Malcolm Brynin.
Brynin mendapati, kegembiraan cinta pertama boleh merosakkan hubungan masa depan.
"Menakjubkan, nampaknya rahsia mencapai kegembiraan dalam hubungan ialah dengan mengelak daripada cinta pertama terlalu asyik," kata Brynin.
Ketika menyelidik komponen bagi hubungan cinta jangka panjang yang berjaya, Brynin mendapati keasyikan cinta pertama boleh menetapkan tanda aras tidak realistik.
"Jika anda berada dalam cinta pertama penuh keasyikan dan membenarkan perasaan itu menjadi tanda aras hubungan yang dinamik, kemudian ia sudah tidak boleh dielakkan, menjadikan hubungan cinta masa depan yang lebih dewasa membosankan dan mengecewakan," katanya.
Orang dewasa dalam hubungan cinta jangka panjang yang berjaya adalah mereka yang bersabar dan mengambil pandangan pragmatik mengenai apa yang diperlukan daripada satu perhubungan.
Katanya, masalah bermula apabila seseorang itu bukan saja cuba mendapatkan apa yang diperlukan bagi hubungan lebih matang tetapi juga berusaha mengekalkan keseronokan dan keasyikan yang diperoleh dalam cinta monyet.
"Kesimpulannya jelas: jika anda dapat melindungi diri daripada keasyikan dalam hubungan pertama, anda akan lebih bahagia dalam cinta seterusnya," kata Brynin.
Pandangan Brynin disokong oleh pensyarah psikologi sosial di Universiti Central Lancashire, Dr Gayle Brewer, yang berkata: "Jika anda menilai hubungan dewasa berbanding cinta monyet, anda menggunakan tanda aras tunggal iaitu keasyikan dan keintiman tidak realistik.
Cinta Sebelum Kahwin
- Perlu ke cinta sebelum kahwin?
- Cinta sebegini mendekatkan seseorang kepada maksiat. Disebabkan bercinta (couple) dan bertemu janji (dating) semakin berleluasa dan tidak dianggap satu kesalahan, maka zina semakin meningkat
- Anak gadis yang diangkut ke sana ke mari dan juga berpegang tangan dan berpelukan tidak lagi dipandang serong
- Kalau ada pun, masyarakat takut untuk menegur kerana tidak mahu dianggap menjaga tepi kain orang
- Kalau tidak pun, walaupun pasangan tidak selalu/ tidak pernah berjumpa, hatinya akan jadi kurang bersih kerana merindui pasangan yang bukan miliknya
- Kita tak tahu apa yang akan berlaku apa yang akan jadi akan datang
- Jika kekasih meninggalkan pasangannya dan berkahwin dengan orang lain, boleh jadi seseorang itu merindui pasangannya yang dahulu
- Dan ini secara tidak langsung menjauhi dirinya dari pasangannya yang sah baginya
- Dan ada kalanya dia menganggap apa yang dilakukan oleh pasangannya serba tidak cukup dan tidak mensyukuri apa yang dia miliki sekarang
- Apa yang dilakukan oleh pasangannya serba tidak kena dan semua perbuatan pasangannya salah baginya
- Berkahwin adalah cara yang halal untuk pasangan berkasih sayang
- Malangnya, berkahwin adalah bukan perkara yang mudah pada masa sekarang
- Kos yang perlu ditanggung sangat tinggi
- Dan ramai yang menganggap berkahwin pada usia muda seperti ketinggalan zaman
- Dan tidak dapat enjoy masa muda mereka sepenuh hati jika sudah berkahwin
- Cinta sebegini adalah budaya dari barat
- Malangnya, ramai yang tidak mengetahui
- Masyarakat menghalalkannya
- Tidak semua yang dilakukan oleh majoriti masyarakat itu betul
Supercar
- Bugatti Veyron
- Ferarri Enzo
- Lamborghini Reventon
- Koenigsegg CCX
- Porche Carerra
- McLaren F1
- Mercedes McLaren
- Aston Martin DBS
Labels: Car